Merupakan suatu pendekatan golongan liberal yang menyarankan kepada kerjasama di peringkat antarabangsa berdasarkan sistem antarabangsa yang bersifat anarki. Antara usaha awal pembentukan regim antarabangsa adalah melalui Bretton Wood dimana melaluinya terbentuk dua regim antarabangsa iaitu International Monetary Fund (IMF)dan juga World Bank.
Terdapat dua argument utama terhadap Regime Theory
Neo-Liberal- RT akan menyediakan informasi mengenai sikap ahli dan juga helah yang telah diaturkan oleh sebuah negara
RT akan mengurangkan persepsi ancaman sesebuah negara terhadap negara lain, kerana setiap aktor dalam regim tersebut hanya menumpukan kepada kerjasama ekonomi untuk kepentingan masing-masing
Realist - RT adalah sebagai power based dimana konsep Hagemonic Stability Theory digunakan, membawa maksud apabila sesuatu regim antarabangsa dibentuk maka, kuasa yang ada pada setiap negara akan di alirkan kepada regim tersebut contohnya melalui sebuah regim keselamatan dan ekonomi. Tetapi terdapat juga argument lain dari Susan Strange dimana RT adalah digunakan oleh kuasa besar untuk meluaskan kuasanya. Mengambil contoh IMF dan World Bank, bagi beliau kedua-dua regim ini adalah merupakan aktor dominan dalam poltik antarabangsa.
membaca dari "Dictionary of International Relations" ~ regime theory bukanlah satu teori tetapi adalah conceptual.
ReplyDeletekalau dari pandangan realist tentang idea hegemonic stability theory, masihkah IMF dan WB relevan sebab ideanya adalah kalau kuasa hegemon jatuh maka ianya tidak lagi relevan..
anggap saja dalam cerita ini kuasa hegemonnya adalah US..kalau ekonomi US terkesan akibat krisis kewangan itu, mampukah IMF dan WB bertahan lagi..rasanya agak sukar dan mungkin akan ada kuasa lain untuk bangkit sebagai kuasa hegemon baru..mungkin rusia atau jepun pula..
ReplyDeletewalau apa pun..kuasa hegemon sebenarnya tak pernah hilang..dalam konsep ini menyatakan..pasti akan muncul kuasa hegemon yang baru menggantikan kuasa yang telah jatuh..penjajahan wilayah tidak lagi relevan kini..kerana itulah dibuat melalui penjajahan ekonomi pula..sama ada mereka menggunakn badan spt IMF dan WB..mereka tetap 1 kuasa hegemon..kerana US adalah pelaku utama dan pencorak kepada bentuk kuasa itu..~
ReplyDeletepengaruh IO's ke atas negara2 memang menarik....menunjukkan bagaimana sesebuah negara itu memilih untuk 'dipergunakan' dan 'mempergunakan'....pilihan atas mereka, namun tak lupa pada pengaruh-pengaruh lain yang menyebabkan sesebuah negara membuat sesuatu keputusan...seperti faktor national interest, untuk menarik pelaburan dari MNC's dan sebagainya..
ReplyDeleteada negara terpaksa menyerah diri untuk dipergunakan atas dasar membangunkan ekonomi mereka..contohnya afrika..ada pula yang terpaksa menyerah diri untuk memastikan kelangsungan ekonomi mereka seperti indonesia..bukan senang untuk membuat keputusan yang sukar dengan membenarkan negara mereka dinodai begitu..tapi atas dasar terpaksa akhirnya mereka perlu terima..
ReplyDeleteItu adalah berkenaan dengan dasar luar yang digubal dan digunakan oleh negara tersebut..bukankah tindakan negara harus selaras dengan dasar yang dilaksanakan..disebabkan penggubalan dasar luar negara-negara kebanyakkannya berdasarkan dasar luar negara yang utama (US), maka mereka ini sebenarnya sedar tentang keadaan tersebut..demi mencapai pembangunan ekonomi..macam DR.Nasarudin (pensyarah di Jabatan Asia Timur) kata, sesebuah negara harus mempunyai dua senjata utama untuk lahir sebagai satu kuasa utama iaitu Militari dan Ekonomi selain dari populasi yang tinggi..beliau merujuk pada kuasa di Asia iaitu China yang mempunyai kekuatan dari kedua-dua sudut tersebut..dan kelahiran China sebagai kuasa utama dunia tidak meustahil (kuasa hegemon baru)..persoalan disini..sekiranya China muncul sebagai kuasa hegemon baru, adakah China menjadi kuasa hegemon yang adil atau lebih dahsyat dari US?? persoalan timbul kerana ideologi yang dipegang adalah berlainan.
ReplyDeleteazlina is realist!~huhuhu
ReplyDelete