Merupakan suatu pendekatan golongan liberal yang menyarankan kepada kerjasama di peringkat antarabangsa berdasarkan sistem antarabangsa yang bersifat anarki. Antara usaha awal pembentukan regim antarabangsa adalah melalui Bretton Wood dimana melaluinya terbentuk dua regim antarabangsa iaitu International Monetary Fund (IMF)dan juga World Bank.
Terdapat dua argument utama terhadap Regime Theory
Neo-Liberal- RT akan menyediakan informasi mengenai sikap ahli dan juga helah yang telah diaturkan oleh sebuah negara
RT akan mengurangkan persepsi ancaman sesebuah negara terhadap negara lain, kerana setiap aktor dalam regim tersebut hanya menumpukan kepada kerjasama ekonomi untuk kepentingan masing-masing
Realist - RT adalah sebagai power based dimana konsep Hagemonic Stability Theory digunakan, membawa maksud apabila sesuatu regim antarabangsa dibentuk maka, kuasa yang ada pada setiap negara akan di alirkan kepada regim tersebut contohnya melalui sebuah regim keselamatan dan ekonomi. Tetapi terdapat juga argument lain dari Susan Strange dimana RT adalah digunakan oleh kuasa besar untuk meluaskan kuasanya. Mengambil contoh IMF dan World Bank, bagi beliau kedua-dua regim ini adalah merupakan aktor dominan dalam poltik antarabangsa.